Istimewa JUN/JULAI!!

Istimewa JUN/JULAI!!
KATALOG KAY

Wednesday, January 18, 2012

My Lovely Cookies


Homemade cookies..

segar dari dapur oven Kayla..
Menggunakan barangan yang bermutu tinggi.. 
Kebersihan terjamin
dan yang penting.. Halal..


Chocolate Chip  wit Almond Nib Cookies

Inilah 'cookies' yang pertama diperkenalkan
mula menambat hati orang ramai dengan kerangupannya di setiap gigitan
dan makin tertambat hati bila tergigit kekacang almond dan coklat cip  yang mewah melata didalamnya.. =D


~ 450- 500 gm.. RM 25~

Semakin meningkat usianya..
semakin diminati dan semakin terkenal jadinya..

Boleh diperbagaikan bekasnya mengikut kesesuaian serta keperluan yang pelanggan mahukan..


Sekarang pula..

Memperkenalkan..
Keluaran baru.. rasa baru.. bau baru.. =)

Chocolate chip with Raisins..

yummm.. yummm..



Setiap cookies akan disediakan hanya bila ada permintaan, kerana untuk memastikan cookies2 ini sentiasa segar dan rangup..

biskut rangup ini diperbuat dari bahan bahan yang bermutu tinggi, dari mentega, tepung, coklat cip, kekacang.. semuanya berkualiti bagi menjamin mutu kesedapan yang berkekalan... 

sentiasa bersedia untuk anda semua.. =)

Kayla Cookies kini terdapat dalam pelbagai jenis;

~ ChocChip with Almond nib cookies 
~ ChocChip with Raisins cookies
~ Oat with Raisins cookies

Harga yang ditawarkan adalah berpatutan
Sebalang (merah) 450gm-500gm - RM 25

sekiranya berminat untuk membuat tempahan.. 
silalah sms ke : 0199394018, atau emelkan pada

Tempahan anda akan dilayan seberapa segera.
terima kasih dan selamat berbelanja dengan gembiranya di Katalog Kay..
=)



Monday, January 16, 2012

Inner Ninja Available Now!!

 Berita baik untuk pengunjung pengunjung Katalog Kay yang sedang mencari cari Inner Ninja (anak tudung) ! 

Kini, boleh didapati di sini!!

Untuk makluman Inner Ninja ini baru sempat di war warkan di KKay kerana..
sebelum ini, setiap kali stoknya sampai..
tak sempat nak simpan.. terus habis!
wanted betul..
Alhamdulillah...syukur..

Namun kali ni! stok baru telah sampai..
setakat ini masih available..
tunggu masa untuk dimiliki oleh anda semua.. 

=D


 ~ ianya amat kemas.. menutupi leher.. sesuai di pakai bersama shawl , atau setiap jenis selendang. ~

 
~ lagi kelainannya yang tersendiri ialah.. ianya tidak perlu di ikat di belakang (seperti jenis inner yang lain) ..
jahitan bergetah di belakangnya juga sudah cukup membuatkannya kemas dan sekaligus menutupi bahagian leher di belakang!~

bagus kan?? =)

saya juga sangat gembira memakainya..
begitu juga kawan kawan yang telah memilikinya..
jadi , mahu kegembiraan ini dikongsi bersama..

makanya,
inilah item mesti diperolehi oleh anda sekarang!

harga murah murah je....

Cuma..

RM 28 sahaja
ya.. ya .. sekali lagi .. penghantaran PERCUMA! 
(semenanjung sahaja)

tak perlu tunggu lama lama! rebutlah sementara stok masih ada..

=)

no Kod : 4310IN





Beg Cantik Untuk Kamu

Assalamualaikum,

Wah.. mari kita mulakan dengan penemuan terbaru yang cun lagi elegan.. 
di inspirasikan untuk kaum kaum wanita masakini yang sentiasa aktif dan dalam masa yang sama tetap mahu tampil bergaya dan anggun.. (cheewah! )

Memperkenalkan... Beg Cantik Fleksibel.. yang sangat praktikal ! 
sesuai digunakan dalam apa jua keadaan, di mana mana sahaja..

 ~ Mempunyai 3 ruangan menyimpan; 
Ruang utama, mempunyai tali untuk di cerut dan butang di hadapan yang bermagnet (no 4)
Ruang kecil di dalam yang berzip (no 3)
dan ruangan kecil di luar yang berzip (no5)
~ boleh di sangkut (no 2)
~ Tali Boleh laras yang fleksibel untuk setiap jenis kegunaan.


 ~ pilihan warna warna  wanted! yang evergreen .. ~

 ~ boleh di pelbagaikan penggunaannya.. samada menggalasnya di belakang, di hadapan atau di sisi.. best kan? =D

 ~ lihat la model model ku yang gembira beraksi bersama sama beg pilihan hatinya... ~


 ~ lagi gambar gambar model model  yang low profile, tak mahu wajahnya dipertontonkan.. namun, tetap bangga dengan beg pujaan hati... =)


Antara kelebihan kelebihan beg ini
- cara pemakaian boleh dipelbagaikan

- ruangan yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, sesuai untuk pemakaian harian

- selain ruangan utama, terdapat 2 ruangan kecil lain yang sesuai untuk mengisi alatan solek, pad, tisu, atau telefon bimbit 

- sesuai digayakan di pelbagai keadaan dan situasi.. ke pejabat, ke kolej, berlibur dan lain lain lagi..

- dan yang paling penting, potensi untuk menyukarkan peragut untuk meragut rumput beg tangan!
kerana penggunaan beg yang di galas dan dipakai selempang lebih menyukarkan peragut berbanding beg tangan yang di pegang atau di galas di bahu.
betul tak?


Sempena Permulaan Pertama Pada tahun 2012 ini,
kami tawarkan...
Harga Promosi! 

Promosi.. Promosi..!

Hanya RM 29 sahaja!
termasuk kos penghantaran (semenanjung Malaysia)!

dan sempena permulaan baru ini juga
setiap 5 pembelian terawal..
akan mendapat..
PERCUMA!
1 KeyChain Percuma Angry Bird.. =)


wah.. asyik... asyik.....

Jadi?
apa tunggu lagi ?
sementara stok masih ada..
marilah membeli dengan gembiranya di Katalog Kay... =)

semoga urusniaga ini diberkati Allah hendaknya...


Wednesday, January 11, 2012

Cotton Diamond Hoody Blouse New Style (6911)



Assalamualaikum,

stok baru datang lagi...

Kali ni, dengan stail yang baru!
Tambahan ropol di bahagian atas lengan!
dan blaus ini agak labuh menutupi bahagian pinggul anda.. =)


mari mari... cuci mata sambil bershopping di sini... =D


Terdapat dalam 6 warna kegemaran anda!

Dan sempena pengaktifan semula Katalog Kay ini..
Harga yang berpatutan di tawarkan!

Hanya RM 39 sahaja!!!

Penghantaran??

masih PERCUMA!!
(disemenanjung Malaysia sahaja)

jadi apa tunggu lagi ...??
rebutlah sekarang.. sementara stok masih adaa!!
 

No Kod: 6911- kod terdapat di setiap gambar..




Rancak betul Katalog Kay sekarang ni..
azam tahun baru la tu...
semoga perniagaan ku ini dirahmati Allah hendaknya..




Sunday, January 8, 2012

Beg Sensasi Istimewa Untuk Wanitaku..

Assalamualaikum..

Hot item.. hot item... =D .. mari mari...!!!

Beg Sensasi masa kini untuk anda!

Stok tersedia untuk anda terus rebut!!



 ~ Design Terbaru bunga bungaan untuk pilihan hati..! ~


~ tampak anggun dan sensasi bila memakainya.... ~

jadi apa tunggu lagi... 
cepat cepat sementara stok masih ada! =)

oh ya..! 
harganya cuma......

RM 30 sahaja!!
yaaa..... murah bukan???
dan...
penghantarannya masih.. 
PERCUMA!!

ya.. sementara Katalog Kay ni sedang berpromosi promosi sempena pengaktifannya kembali la...  =)

mana nak dapat harga sebegini murah...?
hanya di Katalog Kay sahaja..

so... senang senangkan diri anda untuk hubungi daku ya.. 

lelo..lelo..lelo..lelo...


NO KOD : 9991 (darkPurple & Black)
9992 ( dark brown)


Saturday, January 7, 2012

Cotton Diamond Hoody Blouse Ready For You..

Item baru untuk anda..

Fesyen yang menjadi pilihan ramai masakini!! 

Terdapat dalam pelbagai warna untuk di pilih! =D

No Kod : 6910
Coklat, Kuning, Biru Muda
~ Jingga, ungu, Kelabu
~ hijau pucuk pisang, merah jambu, turqois

Merah jambu pekat, jingga, Hitam


~  dan sangat sesuai untuk mereka yang bertudung... =)~




Dengan harganya yang berpatutan..

cuma RM 39!
dan dengan penghantaran percuma!!

jadi apa tunggu lagi.. stok telah tersedia untuk anda..

jadilah orang yang terawal memilikinya!

=D







No Kod : 6910







Thursday, January 5, 2012

Kemilauan Cinta..

 Assalamualaikum,
Lagi produk baru..

kali ni dengan kilauan kilauan indah untuk di hias di tangan munggil anda.. =)

sedia untuk direbut!! =D

~ No Kod GA Brown~

~No Kod : GB Blue~

~ GC Brown, Green, Blue, red, Purple, Black~


~GD Red, Purple, green,  blue, brown black~

Stok baru..!!!
Fesyen Terkini!!
Rekabentuk eksklusif!!
Gaya Elegan, Klasik dan Mewah!!

tersedia untuk anda terus milikinya!!

Dapatkan gelang yang elegan, klasik dan mewah ini dengan harga...

 
Cuma RM 10!!
(Caj penghantaran RM 3 Semenanjung RM 6 Sabah/Sarawak)


jadi apa tunggu lagi.. sementara stok masih ada....
Stok adalah terhad!!
mari mari...
lelo.. lelo.. lelo...






No Kod : GA, GB, GC dan GD diikuti warna pilihan hati..

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Datang 2012

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim..
Pembuka bicara pada tahun baru di Katalog Kay ini.. =)

Alhamdulillah...
syukur aku masih di sini, menghirup udara segar dari Allah..
Atas segala nikmat dan rezeki yang tak putus putus dariNya..

Lama ya.. Katalog ini terbiar sepi..
tanpa berita..
tanpa kunjungan..
Sebetulnya cuma aku yang tak sempat mahu kemaskininya..
walaupun sebenarnya urusniaga kecil kecilan tetap berlansung diluar, cuma tidak sempat di masukkan dalam katalog sahaja..

Akhirnya hari ini.. katalog ini berjaya dikemaskinikan..
insyaAllah lepas ni sentiasa akan segar ranum sesegar cendawan yang baru tumbuh selepas hujan..
InsyaAllah..


Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki anugerah serta pemberian yang engkau berikan.”
-Doa Nabi Musa-

Mari berkongsi.. Amalan dan doa doa untuk murah rezeki yang saya mahu terus ikuti
yang saya ambil dari sahabat kita Puan Halimatus Sa'adiah Ismail
terima kasih tak terhingga atas perkongsian ini.. =)

  • Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.



  • Membaca Surah Al-Ikhlas


- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid









Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)



Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)







Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu
terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada
waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita
dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab
Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan
jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa
dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu
Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda
bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang
bacalah: (Doa di atas). Kata
Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah
menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan
hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-
Khudri).



Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar
datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah
mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa
Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa
itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam
mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa
di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu
bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah
tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah
berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku
suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan
hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung
hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama
kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku
dapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-
Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)


Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amat
menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya
tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa.
Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan,
ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu
hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya
dimakbulkan untuknya.



Semoga lembaran baru 2012 ini membuka lebih banyak peluang dan rezeki untuk Katalog Kay dan untuk kita semua.. InsyaAllah..